CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, June 28, 2011

#4 Wordless Wednesday

GiveAway CikArda,lah..!seghonok,peah!!!

assalamualikum dan selamat sejahtera ^.^v

korang! MakCik Arda buat GiveAway lah!
ya... tepat sekali.. Makcik Arda yg selalu memuncungkan mulut belia dikala beliau mahu menangkap gambar. ingat comel lettewww. ok dia sgt comel dan aku jeles -.- dan apa yg aku bebel panjang sgt ni? dush! dush!

senang je nak join GA Cik Arda ni..
buat entry letak tajuk mcm tajuk entry ni.
then.. letak header ini
weh header hang comel!


kemudian letak pulak banner comel ni
kelik banner untuk maklumat lanjut

lepas dah siap buat entry korang publish lah macam biasa. lepastu bg link entry korang tu kat ruangan komen Cik Arda. 

mudah bukan? semudah mengetuk kepala adik korang yg berumur 4 tahun.
dan hadiahnya? hadiahnya dirahsiakan! 
mungkinkah sebuah DSLR? ataupun cekelat kadbery? ataupun tiket percutian? 
kita nantikan!
tarikh tutup 30 JUN!


*sejujurnya aku join setelah dipaksa oleh Cik Arda. serius doh.*
okbai!

Thursday, June 23, 2011

siti nurhaliza beranak? yeke?

korang ada baca paper pasal orang buang anak? bayi dijumpai? bayi dalam tong sampah? mayat bayi dihurung semut? 

jom lah kita cakap pasal isu BUANG ANAK. apa punca masalah buang bayi ni eh? mak bapak kah? guru-guru kah? atau ibu kepada bayi yang dibuang? atau mungkin juga bapa kepada bayi yang dibuang? atau mungkin Pak Deris pekebun sekolah?

Apasal mak bapak pulak yang salah? kau ni memendai je...
atenye.. kalau anak-anak liar pukul 1 pagi pun asik sgt dengan duniawi lepak sana lepak sini tu salah siapa?
ouhhhhhh anak tu yang degil.. bukan salah bapak ye?
dah tau anak degil apasal tak bunuh masa kecik-kecik dulu? errr maksud aku apasal tak marahkan aje? maki lah sikit. lempang ke.. baru lah ada pedoman. bebudak sekarang mana boleh cakap lembut2.. tangankan aja.. HAR HAR HAR...

Apasal pulak guru-guru dipersalahkan?
memang bangang lah sape salahkan guru. Tugas guru mengajar Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, S I V I K DAN KEWARGANEGARAAN, Geografi.. bukan kerja guru larang bebudak ni keluar rumah 1pagi..

salah Ibu kepada bayi?
tak boleh jugak salahkan beliau.. mungkin kepalahotak dia tak berapa banyak akalnya sehinggakan sanggup buang seorang bayi yg keluar dari rahimnya sendiri.

salah Bapa kepada bayi kan?
yeahh. tepat sekali. kenapa? hahaha. sebab bapak dia shoot tepat. tahniah kepada bapa bayi!

tapi.. apasal Pak Deris doh? sian orang tua tu..
sebab Pak Deris nampak ibu dan bapa bayi tu sedang 'bekerja keras' dibelakang sekolah tapi dia diamkan aje.. patutkah? memang patut sebab ibu bayi tu adalah anak beliau. kang bising-bising kang anak dia lari rumah pulak.. dah la sekor tu je anaknya..

lagi salah siapa? salah kita la... apasal salah kita pulak dah? yela... selalu je kita nampak couple naik motor peluk-peluk ketat gila sampai angin pun tak boleh lalu dicelah tu.. selalu je kita nampak couple mandi dan 'main' di sungai mahupun air terjun kan... selalu je kita nampak makwe rela diraba oleh pakwe dibawah jam besar pada malam merdeka kan.. tapi ada ke kita tegur? ada? ehhh aku ada tegur tau. aku tegur satu couple ni baik punya kissing dpn kereta aku. tapi jalan pulak tu -.- *sial patplohpat hari* balik2 aku yg kene sound. dia cakap "pak hang tak pernah buat ka? celaka kacau aku tgh setim" lalu aku blah.. 
*takut! hahaah. laki tu dah lah berbadan besar dan kulitnya hitam berminyak. eeeeewwww*

Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang bermaksud:
       "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".


apa yang siti nurhaliza beranaknya? celaka!
okbai

Wednesday, June 22, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #1


GUA BERDENDAM KESUMAT DENGAN PENYU!



okbai

Tuesday, June 21, 2011

#3 Wordless Wednesday

Sunday, June 19, 2011

happy father's day :')


abah!
sangat cool
hensem
penyayangggggggg
kelakar!

Thanks abah.. 19 tahun adik hidup kat dunia ni abah tak pernah sekali pun abaikan adik dan adik beradik yg lain. Abah tetiap hari cari duit bagi adik ngan adik-beradik lain hidup. Dari hidup kita susah.. sampai sekarang.. cukup makan.. cukup pakai.. 
Kecik-kecik dulu abah tolong bancuh susu dan abah lah yang buang botol susu adik masa adik 6tahun dulu kan! grrrr.  

Hantar adik pergi Tadika. Abah sabar je bila adik nangis2 tarik baju abah masa 1st day sekolah tu. hehe. Sanggup tunggu kat kedai makcik nasik lemak kat depan tadika sampai adik abis kelas SETIAP HARI. emmm mengadap muka guru kelas adik setiap tahun untuk ambil report card. walaupun result corot. bila balik  tgk result ada failed abah mesti cakap "apsal ade merah? abah tak suka merah. abah suka biru" errrr. Hantar dan jemput adik pegi sekolah setiap hari. actually sekarang pun abah hantar dan jemput kalau nak pergi mana-mana -.-

Backup adik bila adik kene marah dengan mak. hehee. abah selalu simpan rahsia kalau adik ada buat salah. hehee. Adik selalu buat-buat demam sebab malas pergi sekolah.. lepastu mak mesti marah. abah lah jadi hero selamatkan adik. hihi. abah selalu kejutkan adik bangun tido pergi sekolah dulu. *ehh apsal banyak cerita pasal sekolah ni -.- gua tak rindu sekolah okayyyyyy.*

Abah selalu tolong sikatkan rambut.. ikat tocang. lepastu mak bising "sape sikat rambot kmu ni adik? burok!" bhahaha... serius buruk :P tapi abah cakap tu seni.
tiap-tiap minggu abah jemput adik masa adik kat Unisel dulu. Ipoh-Batang Berjuntai bukan dekat wooo. dan abah lah orang first yang nangis masa adik nak masuk unisel. first time berjauhan kan. sebab tu la adik balik tetiap minggu.. lepastu terus berhenti.. tak tahan jauh dengan abah *err boleh terima ke alasan*
errr kalau nak cakap semua pengorbanan abah banyak ni. tahun depan pulak lah adik cakap. heheee. abah.. abah.. adik sayang abah tau! 

masa type entry ni abah tak ada kat rumah. abah kat Hatyai, Thailand. rindu abah dgn mak! *padahal baru 3 hari pergi* cepat la balik... tak sabo nak ole2 ni. hehee

*tak boleh lupa abah pernah dye rambut. konon nak hitamkan. sekali salah beli colour. bhahahha. member-member sekolah cakap abah rock giler rambut highlight colour biru!*

kepada abah dan semua bapa didunia
SELAMAT HARI BAPAK!


bapak aku baca ke post ni?
okbai!

Thursday, June 16, 2011

contest peace no war muna rahimah comel

comel kan? kan?

haaaaaa. adik comel ni buat kontes.  senang je kontesnye... tepek je gambar korang buat peace macam gambar  adik comel kat atas ni..



syarat-syarat!


=> WAJIB follow blog muna . 
=> Buat satu entri tentang "peace no war contest" 
=> letakkan banner contest ni dekat post tu . 
=> sertakan satu gambar yang buat "PEACE" . 
=> dah siap tulis entry , link kan url entry tu dekat entry ni . 
=> tag 3 orang . lebih pun takpe :)  
 => mesti gambar korang tau . kalau gambar ramai2 takpe :) 
hadiah lumayan ouh. bukan ferrari mahupun fairlady tetapi berupa topup telpon.
1st place: RM25 
2nd place: RM15
3rd place: RM10
saguhati: RM5

tag


dan kau kau kau yg dah baca entry ni. kau turut ditag. hah! laju je nak close tab eh! cepat join!



comel tak? bhaha. ape? tak comel? berani kau cakap aku tak comel yek. dush! dush!

okbai


Tuesday, June 14, 2011

#2 Wordless Wednesday

Thursday, June 9, 2011

nenek tua..



seorang nenek tua.. duduk diatas sebuah kerusi.. di sebuah taman permainan.. memperhatikan cucu-cucunya bermain.



"assalamualaikum nek.. sihat? sorang je ke?" (bersalaman)
     "waalaikumsalam... haaa dgn cucu-cucu kat sana 
     tu.. sihat alhamdulillah.. awak sihat?"
"alhamdulillah sihat.. lama tak nampak nek. dgr cerita nenek duduk kat rumah orang tua.. lama dah ke nenek balik sini?"
     "ouh.. panjang ceritanya.." 

(berkerut muka nenek.. mungkin menahan sebak..)

"nenek okay ke? kalau ada apa-apa ceritakan jela pada saya.. bolehlah kurangkan sikit beban fikiran tu.."
     "anak-anak... hurm.........." 

(nenek termenung.. jauh.. jelas kedut-kedut dimukanya.. keadaan menjadi senyap)

"sibuk kerja katanya.. baik along baik angah baik abang baik adik.. semuanya sibuk kerja.. tu yang dihantarnya nenek ke rumah orang tua.."
     "tapi diorang selalu melawat nenek kt sana kan?"
"dalam sebulan ada la sekali.. tu pun si adik bongsu tu.. harap yang lain.. hurmm"
     "habistu sekarang kak Siti lah yang jaga nenek ye?"
"aah.. bertuah badan ni nenek rasa dapat anak angkat macam tu.. diri nenek terjaga.. makan minum terjaga.."
     "sayang betul kak Siti kat nenek ye"
(senyum)

gambar hiasan.. google


*seorang ibu sanggup jaga sepuluh org anak. sepuluh anak belum tentu seorang pun sanggup jaga seorang ibu
okbai

Tuesday, June 7, 2011

#1 Wordless Wednesday