Terlalu ramai muka yang ingin mendampingimu di Facebook, muka baru dan muka lama. Soalnya, muka siapa yang tulus, muka siapa yang bermuka-muka? hehee
Siapa yang tak da account FB ni kira tak 'in' lah kan. Budak umur 7tahun pun dah ada FB kott!
Untuk umat manusia zaman kapitalis ni, cara mereka membawa diri di Fb mencerminkan cara mereka melihat diri dalam kehidupan sebenar. Gambar tersengih-sengih time bercuti kat spa vila tersohor yang baru diupload mengiklankan betapa bahagia (dan banyaknya duit aku).
Gambar tersenyum menyendeng sebelah
Zahiril Adzim
atau Nora Danish
mewartakan betapa bertuahnya dapat berselisih bahu dengan selebriti.
Status diupdate. nak bagitau apa kat dalam fikiran, perasaan atau penyata kad kredit (yelahh.. kalau dah letak status: "harini shopping sakan kat Coach. habis duit daddy bagi. sok shopping lagi." satu dunia tau tebal-nipis p0ket k0rang kannnn) 0k dah lari tajuk ~.~"
Kat Fb kan ada part tunjuk status perhubungan. Single, In A Relationship, Engaged, It's Complicated, In An Open Relationship dan Married. nasib baik tak da status Divorced From *** hehee.
Ingat lagi tak watak Cikgu Shaari dalam cerita Masam-masam Manis. Cikgu Shaari pon update status dia kan. Masih Bujang, Dah Ada Kawan dan Burung Dah Terbang. Serupa macam FB kan. bezanya.... status Cikgu Shaari tu tersorok dalam almari.. dia sorang je yang tau. FB pulak habis satu kampung tau.
Facebook memang tempat couple bermadu kasih. Bukannya tak biasa baca status-status gini :
Hmmmm rindunya dengan my other half!
atau
Kepada Mr XXX (nama couple di tag), cepatlah pulang.. harini anniversary kita.
atau
Terima kasih kepada sayangku Miss XXX (nama couple ditag) kerana temankan I minum cendol petang ni.
I love you bebeh!
Selang 4 minit gambar mesra dengan pasangan di upload. haha. Then tag gamba tu pada pasangan. (nak bagitau yang muka macam Justin Bieber ni BF aku. jgn berani nak masuk jarum!)
Tak cukup dengan gamba, upload pulak video bersama pasangan. Tag jugak.. bukan kat pasangan saja.. kalau boleh semua friendlist nak di tag. (harap-harap semua comment : sweett nye korang ni! atau wahhh romantic gilaaaa! atau bagai pinang dibelah dua awwww!
Esoknya, on9 tengok FB pasangan, baru upload gambar dengan lelaki lain tersenyum semanis senyuman
Fizo Omar!
Cepat-cepat cari Iphone! terus tukar status. Single! haha
Esoknya. tukar status kepada In Relationship With kekasih baru sebab dengar gosip si exGF pergi konsert Adam Lambert dengan kawan lelakinya. yelahhh. rasa tergugat sebab kawan lelaki dia handsome macam Kriss Allen!
Kata orang kalau bercinta, hubungan tu 'tak sah' kalau tak diumumkan kat FB atau relationship tak diubah kepada In A Relationship. Habis tuu tok nenek kita dulu tak tukar relationship status diorang kt FB pon, tapi bahagia jeh -.-"
0 comments:
Post a Comment