CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 19, 2011

Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar

ini adalah kisah yang terjadi dalam hidup aku.

Cho.. panggilan untuk bapa saudara aku. abang kepada bapa aku. tinggal serumah menyebabkan hubungan beliau dan kami adik-beradik seperti bapa dan anak.. tambahan pula Cho tak mempunyai anak..masa dahulunya hidup kami sekeluarga tak lah sesenang sekarang. abah kerja dikilang.. mak pula berniaga gerai makan.. Cho lah yang menjadi babysitter kami.. nakal kami tangis kami, tetap dilayan dengan sabar.. Cho jugalah yang memasak untuk kami bila mak tak ada dirumah.. ya.. kami sangat rapat..

Pada bulan ramadhan yang lepas Cho jatuh sakit.. makin hari sakitnya makin teruk.. sampai satu masanyanya Cho tak mampu untuk duduk sekalipun... hari-harinya hanyalah dihabiskan diatas katil.. mandi pun didukung masuk ke bilik air.. berak kencing didalam pempers. nasiblah ada abang ipar yang sanggup melayan mandi dan pakai beliau..

6 September 2011. kami redha.. kami dah bersedia untuk menerima pemergian Cho ke Rahmatullah.. di usia 77 tahun Cho pergi dengan tenang..

Apa yang menyedihkan kami, ada antara anak saudara Cho bertanyakan tentang harta peninggalan beliau.. Belum sempat lagi jenazah dikebumikan.. "cincin-cincin baju-baju cho tu bila nak agihkan?". Sedangkan semasa hayatnya arwah, tak pernah setahun walau sekalipun dia melawat arwah. Layak kah dia bertanya begitu? Semasa arwah terlantar sakit sebulan tak ada siapa ambil peduli.. bila arwah pergi, semua mahu mengaku saudara.. sibuk bertanyakan pasal harta.

Ambillah semuanya.. kami ada kenangan bersama arwah. itu lebih bermakna.
Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar..
Sekian..

7 comments:

Antara said... [Reply to comment]

Al-Fatihah buat arwah...

sedangkan rambut yang sama hitam pon, hati dah lain2... moga Allah beri hidayah pada yang memerlukan.

takziah atas kepergian beliau. semoga Ain dan keluarga redha dan tabah dengan ujianNya. insyaAllah.. ada hikmah di sebalik ketentuan.

ayuni said... [Reply to comment]

takziah ain, semoga cho tenang di sana. hadiahkan arwah dengan doa2.

harta? sampai bila harta tu dapat kita kecapi. Hari kita pun bakal tiba. semoga ain tabah.

Abu Bagi said... [Reply to comment]

alfatihah.. yang pergi tetap pergi..kita yg tinggal ni perlu bersedia.. semoga arwah ditempatkan bersama orang2 yg beriman..

semutsengal said... [Reply to comment]

takziah ya..


lagi satu terkangkng sgt pun tak elok..

Unknown said... [Reply to comment]

baa~ CAK!!

plg sedih bila hilang org yg kita syg... al-fatihah.. moga di cucuri rahmat..

Unknown said... [Reply to comment]

al fatihah..semoga roh beliau dicucuri rahmat..

perkara berebut harta tu mmg selalu sgt di dgr..huhu

Gee Are said... [Reply to comment]

al-fatihah untuk chor...