CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, October 6, 2011

resepi kek coklat moist yang mudah

assalamualaikum.

hai korang. lama gila tak hapdet belog. lately ni busy sikit la.. busy tido makan tido makan tido. errr
ya. hari-hari aku sebagai penganggur hanyalah dihabiskan dengan aktiviti makan dan tido. 
  • bangun pagi
  • mandi
  • makan
  • facebook
  • tido balik. 
Zzz sangat bosan. so harini nak ubah sikit rutin. aktiviti dinamakan Mari Menari! eh? Mari Memasak! :D 
teringin nak makan kek coklat lembab. godek-godek barang kat dapur tengok semua bahan ada. terus aku memulakan projek. 
jom tengok resepi kek coklat moist yang enak lagi berkhasiat. ok berkhasiat tu sangat tipu. kalau korang nak diet dinasihatkan jangan makan kek ni. 

Bahan-bahannya adalah... jeng jeng jeng

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek
2 cawan serbuk koko
2 cawan minyak jagung
2 cawan gula caster
1 cawan susu pekat manis. 
1 cawan susu cair
1 1/2 air
2 sudu rata baking powder
1 sudu rata soda bikarbonat
2/3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
1 sudu rata garam

*kalau tak ada minyak jagung boleh gantikan dengan minyak dagu... eh?! minyak masak okay minyak masak. tak kesah la brand apa. asalkan halal :D
telur pulak kalau kecik bubuh 3. kalau besar bubuh 2 dah cukup :D
tepung kalau nak ayak boleh. kalau malas macam aku tak payah ayak. hihi

macam mana caranya? dah dah jangan tension sampai cucuk kepala pakai garfu. sila ikut step dibawah. sekian

mula-mula pukul telur dengan gula sampai kembang. tak payah lama-lama sangat. lepas tu masuk susu pekat manis, susu cair, air, esen vanilla dan garam. then kacau. bila semua dah sebati masuk pula tepung kek dan tepung gandum yang dah dicampur dengan baking powder dan soda bikarbonat. masuk sedikit demi sedikit. sambil tu kacau tau. lepastu masukkan serbuk koko dan akhir sekali masuk minyak. kacau rata. 
*aku kacau pakai senduk je. takpayah pakai mixer pun.. senang
masuk adunan ke dalam acuan dan kukus kek selama 30 minit. cucuk tengah kek dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. kalau tak melekat kt lidi maknanya anda telah berjaya melahirkan kek dengan jayanya.

oh ya! untuk kepuasan tahap maksimum kuasa infinity. tambah topping kat atas kek.
macam mana nak buat topping? sangat mudah ya tuan2 dan puan2.
cairkan coklat bar. tambah SEDIKIT garam, susu cair dan shortening(bagi kilat). kalau tak ada shortening guna butter pun boleh.. tp kalau guna planta takpayah bubuh garam :)

ni kek aku buat tadi. gambar mungkin tidak menarik. yang pastinya makcik jiran sebelah rumah aku cakap kek aku super delicious. HAHA!

seksi tak kek gua?


letak dalam peti sejuk. lagi sedap weh!

p/s: untuk hasil yang sedap haruslah masak dengan hati yg girang dan ikhlas. baca bismillah sebelum masak lebih afdal :)


SELAMAT MENCUBA!
okbai

2 comments:

BudakBudak said... [Reply to comment]

sedap la weyhhh !!

aDisH.sHidA said... [Reply to comment]

KAK DAH BUAT JUGAK ARI JUMAAT TP X GUNA RESEPI NIE...AIN LAMBAT PUBLISH AKAK DAH BALIK HUHU...

APA PUN THANKS..NEXT TIME AKAK CUBA WAT GUNA RESEPI INI PLAK