Ohh korang tak perlu mengeluh lagi tentang isu ini. Tiada cukai. Sila menambah nilai prabayar anda dengan senang hati. haha.
eh? bila kena cukai. ramai buat entry pasal ni. marah kerajaan. update status kat FB. keluar semua kata-kata kesat. bila cukai dibatalkan senyap pulak kan? eheh
okbai
Wednesday, September 28, 2011
kisah cukai 6% lagi
Posted by Ain at 9:25 AM 8 comments
Monday, September 19, 2011
Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar
ini adalah kisah yang terjadi dalam hidup aku.
Cho.. panggilan untuk bapa saudara aku. abang kepada bapa aku. tinggal serumah menyebabkan hubungan beliau dan kami adik-beradik seperti bapa dan anak.. tambahan pula Cho tak mempunyai anak..masa dahulunya hidup kami sekeluarga tak lah sesenang sekarang. abah kerja dikilang.. mak pula berniaga gerai makan.. Cho lah yang menjadi babysitter kami.. nakal kami tangis kami, tetap dilayan dengan sabar.. Cho jugalah yang memasak untuk kami bila mak tak ada dirumah.. ya.. kami sangat rapat..
Pada bulan ramadhan yang lepas Cho jatuh sakit.. makin hari sakitnya makin teruk.. sampai satu masanyanya Cho tak mampu untuk duduk sekalipun... hari-harinya hanyalah dihabiskan diatas katil.. mandi pun didukung masuk ke bilik air.. berak kencing didalam pempers. nasiblah ada abang ipar yang sanggup melayan mandi dan pakai beliau..
6 September 2011. kami redha.. kami dah bersedia untuk menerima pemergian Cho ke Rahmatullah.. di usia 77 tahun Cho pergi dengan tenang..
Apa yang menyedihkan kami, ada antara anak saudara Cho bertanyakan tentang harta peninggalan beliau.. Belum sempat lagi jenazah dikebumikan.. "cincin-cincin baju-baju cho tu bila nak agihkan?". Sedangkan semasa hayatnya arwah, tak pernah setahun walau sekalipun dia melawat arwah. Layak kah dia bertanya begitu? Semasa arwah terlantar sakit sebulan tak ada siapa ambil peduli.. bila arwah pergi, semua mahu mengaku saudara.. sibuk bertanyakan pasal harta.
Ambillah semuanya.. kami ada kenangan bersama arwah. itu lebih bermakna.
Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar..
Sekian..
Posted by Ain at 10:01 PM 7 comments
Thursday, September 8, 2011
Malaysians, sila redha.
Assalamualaikum..
p/s: semua salah. SELAMAT DUIT AKU WEHHHH
Posted by Ain at 8:55 AM 20 comments
Saturday, September 3, 2011
Teka lah wehhh
Assalamualaikum!
eh korang.. korang tau tak kertas pasir warna-warni tu. alah aku tak tau lah nama benda tu apa. kertas sticker kita taburkan pasir berwarna. ni gambar contoh
![]() |
yang pasti ini bukan siput mahupun penyu -.- |
kbai
Posted by Ain at 12:56 AM 13 comments