Makcik Senah dan Makcik Miah melepak di halaman rumah Makcik Kiah. duduk-duduk sambil makan cucur pedas yg dihidang Makcik Kiah.
potpetpotpetpotpetpotpet. Bila dah lepak sesama petang-petang gini banyak lah keluar cerita kampung. Petang ni mereka sibuk mengumpat anak gadis Pak Mat tokei lemang. Bohsia katanya.
Tiba-tiba terdengar suara Lela menjerit dari dalam rumah.
"Makkkkk. meh jap! tengok hantaran Lela buat ni cantik tak" jerit Lela anak makcik kiah.
Laju makcik kiah masuk rumah.
di halaman rumah ~
Makcik Senah: "Bukan main si Lela tu. dgr cerita hantaran dia RM10k! masak pun tak reti" (muka cebik)
Kakcik Miah: "Alah kau! dia kan doktor. mesti mau mahal.. bakal lakinye pon doktor. okay lettew"
Makcik Senah: "ish kau. kalau nak memahal kene la tau buat keje rumah. tgk muka pun bukannya cantik."
Makcik Miah: "biarlah dia.."
Makcik Senah: " ................... "
Makcik Miah: "eh kau kendurikan anak kau kawen haritu byk berhabis duit?"
Makcik Senah: "anak aku nikah je. kenduri pun kecik-kecik je.. tak byk keluar duit.."
Makcik Miah: "ouh lupa. anak kau kena tangkap basah ye. takkan nak buat kenduri besar-besar pulak. ermm dgr cerita menantu kau tu kantoi pecah rumah Pak Mat tokei lemang minggu lepas? teruk kene belasah dgn orang kampung?"
Makcik Senah: "ok lah Miah aku balik dulu. kang laki aku balik marah pulak aku takde kat rumah."
p/s: sila jaga kain sendiri
okbai