CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 8, 2011

Malaysians, sila redha.

Assalamualaikum..

Dimaklumkan harini ni semua pelanggan prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi di Malaysia akan mendapat satu SMS pemberitahuan tentang cukai pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan. Ni sms yang aku dapat petang tadi. 

RM0. Pelanggan yang dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Sila layari hotlink.com.my.

Korang dah dapat? Ya...kita akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak 6%.. Ya... HANYA 6%.. Kerajaan dah tetapkan semua ni. Sila terima kenyataan ini dengan hati terbuka. Sekian.

Nota kaki anak badak: oh ya. jawapan untuk entry lepas ialah spiderman. ada yang jawab Ben10, siput sedut, astroboy.. err jadah astroboy? kahkah. jawapan kartun rebina, baby, dan ketam itu sangat tak boleh blah dan membuatkan aku gelak sampai rahang bengkak! bahhahaha.
p/s: semua salah. SELAMAT DUIT AKU WEHHHH
babai!

Saturday, September 3, 2011

Teka lah wehhh

Assalamualaikum!
eh korang.. korang tau tak kertas pasir warna-warni tu. alah aku tak tau lah nama benda tu apa. kertas sticker kita taburkan pasir berwarna. ni gambar contoh

         
gambar-gambar kat atas ni semua hasil kerja tangan anak buah aku. kira nice jugak lah kan kerja budak umur 9, 5 dan 7 tahun ni. tapi ada hasil titik peluh sorang anak buah aku yg berumur 6tahun, bila aku tengok aku boleh naik meroyan. cuba korang tengok dan korang fikir gambar apakah ia.

yang pasti ini bukan siput mahupun penyu -.-

ya. gambar kat atas ni lah yang membuatkan aku meroyan sambil makan cikedis lapan hari lapan malam. cisdel betul! siapa dapat teka aku bagi RM10. cepat lah teka!

p/s: seploh hengget tu byk okay!
kbai