CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 10, 2011

tips cepat kaya. oktipu

assalamualaikum.
 nak cepat kaya? tapi ON KAYA dan hantarkan ke 39339. buat duit dengan cepat tanpa perlu bekerja keras.  hanya tidur dan rileks dirumah dan kau ditipu.

jangan harap la nak kaya kalau pemalas weh! melainkan parents kau tu memang kaya, boleh lah nak joli sana sini tak payah kerja. habiskan duit mak bapak kau. lepastu bila parents dah bankrup nanti muka kau tu la yg mengemis bawak anak sana sini. apesal gua memarah ni? gua bukan PMS oteh! ^^
hidup ni jangan nak bergantung pada orang je. kerja! kerja! duit tak datang bergolek tahu?


*cakap depan cermin*

ada satu pekerjaan yang bukan saja berusaha mendapatkan duit malah berusaha mendapat dosa, iaitu mencuri. tak baik mencuri tau. dah la berdosa. menyusahkan orang pulak tu. sila cari kerja yang halal ye.

notakakianakbadak: kesian abang aku sorang ni.. rumah dia kena pecah masuk siang tadi. banyak barang hilang.. buat encik penyu, sila chill. ada hikmah disebalik dugaan :)

Saturday, November 5, 2011

6Nov2011 tarikh bermakna

Assalamualaikum..



hye korang! esok 7 november 2011 dan pastinya harini 6 november 2011. hihi. ada apa dengan tarikh 6 november 2011 ni? ohh harini hari raya. Raya Aidiladha dimana orang Islam menyambutnya  pada setiap tahun mengikut kelender Islam.

Rasa macam baca wikipedia tak? maaf ye. aku tak ada idea. sumpah. sebab tu lama gila tak update. err sebelum ni aku rajin update ke? err err err *panggg*. 

Sebenarnya nak bagitahu harini raya. tu jee. saja je taip panjang-panjang gini. hehe. tolong jangan lempang saya T_T
Sambutan raya tahun ni untuk family aku special sikit sebab beraya dekat hospital. err mak aku baru lepas operate kasi potong itu kaki. so kami adik beradik bersiap pakai baju raya lawa-lawa lepastu jalan raya kat hospital -.-
Harap ada doktor kacak.


notakakianakbadak: tolong jangan malukan diri sendiri dengan meminta duit raya di pagi raya Aidiladha. 
okbai

Thursday, October 6, 2011

resepi kek coklat moist yang mudah

assalamualaikum.

hai korang. lama gila tak hapdet belog. lately ni busy sikit la.. busy tido makan tido makan tido. errr
ya. hari-hari aku sebagai penganggur hanyalah dihabiskan dengan aktiviti makan dan tido. 
  • bangun pagi
  • mandi
  • makan
  • facebook
  • tido balik. 
Zzz sangat bosan. so harini nak ubah sikit rutin. aktiviti dinamakan Mari Menari! eh? Mari Memasak! :D 
teringin nak makan kek coklat lembab. godek-godek barang kat dapur tengok semua bahan ada. terus aku memulakan projek. 
jom tengok resepi kek coklat moist yang enak lagi berkhasiat. ok berkhasiat tu sangat tipu. kalau korang nak diet dinasihatkan jangan makan kek ni. 

Bahan-bahannya adalah... jeng jeng jeng

1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kek
2 cawan serbuk koko
2 cawan minyak jagung
2 cawan gula caster
1 cawan susu pekat manis. 
1 cawan susu cair
1 1/2 air
2 sudu rata baking powder
1 sudu rata soda bikarbonat
2/3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
1 sudu rata garam

*kalau tak ada minyak jagung boleh gantikan dengan minyak dagu... eh?! minyak masak okay minyak masak. tak kesah la brand apa. asalkan halal :D
telur pulak kalau kecik bubuh 3. kalau besar bubuh 2 dah cukup :D
tepung kalau nak ayak boleh. kalau malas macam aku tak payah ayak. hihi

macam mana caranya? dah dah jangan tension sampai cucuk kepala pakai garfu. sila ikut step dibawah. sekian

mula-mula pukul telur dengan gula sampai kembang. tak payah lama-lama sangat. lepas tu masuk susu pekat manis, susu cair, air, esen vanilla dan garam. then kacau. bila semua dah sebati masuk pula tepung kek dan tepung gandum yang dah dicampur dengan baking powder dan soda bikarbonat. masuk sedikit demi sedikit. sambil tu kacau tau. lepastu masukkan serbuk koko dan akhir sekali masuk minyak. kacau rata. 
*aku kacau pakai senduk je. takpayah pakai mixer pun.. senang
masuk adunan ke dalam acuan dan kukus kek selama 30 minit. cucuk tengah kek dengan lidi kalau nak tahu dah masak ke belum. kalau tak melekat kt lidi maknanya anda telah berjaya melahirkan kek dengan jayanya.

oh ya! untuk kepuasan tahap maksimum kuasa infinity. tambah topping kat atas kek.
macam mana nak buat topping? sangat mudah ya tuan2 dan puan2.
cairkan coklat bar. tambah SEDIKIT garam, susu cair dan shortening(bagi kilat). kalau tak ada shortening guna butter pun boleh.. tp kalau guna planta takpayah bubuh garam :)

ni kek aku buat tadi. gambar mungkin tidak menarik. yang pastinya makcik jiran sebelah rumah aku cakap kek aku super delicious. HAHA!

seksi tak kek gua?


letak dalam peti sejuk. lagi sedap weh!

p/s: untuk hasil yang sedap haruslah masak dengan hati yg girang dan ikhlas. baca bismillah sebelum masak lebih afdal :)


SELAMAT MENCUBA!
okbai

Wednesday, September 28, 2011

kisah cukai 6% lagi

Ohh korang  tak perlu mengeluh lagi tentang isu ini.  Tiada cukai. Sila menambah nilai prabayar anda dengan senang hati. haha.

eh? bila kena cukai. ramai buat entry pasal ni. marah kerajaan. update status kat FB. keluar semua kata-kata kesat. bila cukai dibatalkan senyap pulak kan? eheh



okbai

Monday, September 19, 2011

Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar

ini adalah kisah yang terjadi dalam hidup aku.

Cho.. panggilan untuk bapa saudara aku. abang kepada bapa aku. tinggal serumah menyebabkan hubungan beliau dan kami adik-beradik seperti bapa dan anak.. tambahan pula Cho tak mempunyai anak..masa dahulunya hidup kami sekeluarga tak lah sesenang sekarang. abah kerja dikilang.. mak pula berniaga gerai makan.. Cho lah yang menjadi babysitter kami.. nakal kami tangis kami, tetap dilayan dengan sabar.. Cho jugalah yang memasak untuk kami bila mak tak ada dirumah.. ya.. kami sangat rapat..

Pada bulan ramadhan yang lepas Cho jatuh sakit.. makin hari sakitnya makin teruk.. sampai satu masanyanya Cho tak mampu untuk duduk sekalipun... hari-harinya hanyalah dihabiskan diatas katil.. mandi pun didukung masuk ke bilik air.. berak kencing didalam pempers. nasiblah ada abang ipar yang sanggup melayan mandi dan pakai beliau..

6 September 2011. kami redha.. kami dah bersedia untuk menerima pemergian Cho ke Rahmatullah.. di usia 77 tahun Cho pergi dengan tenang..

Apa yang menyedihkan kami, ada antara anak saudara Cho bertanyakan tentang harta peninggalan beliau.. Belum sempat lagi jenazah dikebumikan.. "cincin-cincin baju-baju cho tu bila nak agihkan?". Sedangkan semasa hayatnya arwah, tak pernah setahun walau sekalipun dia melawat arwah. Layak kah dia bertanya begitu? Semasa arwah terlantar sakit sebulan tak ada siapa ambil peduli.. bila arwah pergi, semua mahu mengaku saudara.. sibuk bertanyakan pasal harta.

Ambillah semuanya.. kami ada kenangan bersama arwah. itu lebih bermakna.
Al-Fatihah buat Kamarulzaman B. Sohar..
Sekian..

Thursday, September 8, 2011

Malaysians, sila redha.

Assalamualaikum..

Dimaklumkan harini ni semua pelanggan prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi di Malaysia akan mendapat satu SMS pemberitahuan tentang cukai pembelian tambah nilai prabayar dan pek permulaan. Ni sms yang aku dapat petang tadi. 

RM0. Pelanggan yang dihargai, mulai 15/9/11, pembelian tambah nilai prabayar & pek permulaan akan dikenakan cukai perkhidmatan sebanyak 6%. Sila layari hotlink.com.my.

Korang dah dapat? Ya...kita akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak 6%.. Ya... HANYA 6%.. Kerajaan dah tetapkan semua ni. Sila terima kenyataan ini dengan hati terbuka. Sekian.

Nota kaki anak badak: oh ya. jawapan untuk entry lepas ialah spiderman. ada yang jawab Ben10, siput sedut, astroboy.. err jadah astroboy? kahkah. jawapan kartun rebina, baby, dan ketam itu sangat tak boleh blah dan membuatkan aku gelak sampai rahang bengkak! bahhahaha.
p/s: semua salah. SELAMAT DUIT AKU WEHHHH
babai!

Saturday, September 3, 2011

Teka lah wehhh

Assalamualaikum!
eh korang.. korang tau tak kertas pasir warna-warni tu. alah aku tak tau lah nama benda tu apa. kertas sticker kita taburkan pasir berwarna. ni gambar contoh

         
gambar-gambar kat atas ni semua hasil kerja tangan anak buah aku. kira nice jugak lah kan kerja budak umur 9, 5 dan 7 tahun ni. tapi ada hasil titik peluh sorang anak buah aku yg berumur 6tahun, bila aku tengok aku boleh naik meroyan. cuba korang tengok dan korang fikir gambar apakah ia.

yang pasti ini bukan siput mahupun penyu -.-

ya. gambar kat atas ni lah yang membuatkan aku meroyan sambil makan cikedis lapan hari lapan malam. cisdel betul! siapa dapat teka aku bagi RM10. cepat lah teka!

p/s: seploh hengget tu byk okay!
kbai



Friday, August 26, 2011

sms iklan di telefon bimbit

disuatu pagi yang hening~
tutt tutt. tutt tuttt *bunyi sms*
"eh telefon bimbit aku berbunyi. ni mesti Ah seng reply sms aku tadi."
aku pun lari masuk ke bilik mendapatkan telefon bimbit jenama nokia. nasi yang sedang kujamah aku tinggal. cepat-cepat aku tekan read. sms kubaca.
"RM0. Dapatkan pelbagai video yang menceriakan hari-hari anda. Tiada lagi istilah bosan! 7 hari PERCUMA untuk langganan pertama video Mistik. http://mm.net.my/wlink/mvideo"




macam haremmmmmm

Sunday, July 17, 2011

kerana mulut badan binasa

"kau tu bodoh! dah la buruk. cara berpakaian sangat KAMPUNG okayyyyy."

PANGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!

sedap mulut bercakap sedap lagi pipi dilempang. sekian
okbai

Tuesday, July 12, 2011

#6 Wordless Wednesday



Thursday, July 7, 2011

Merungut

"Ish! Panas sial!
"Ish! Apasal lah mak bapak aku tak kaya? "
"Ish. Ada bf/gf pun muka tak lawa/hensem.."
"Ish! hari-hari ikan kembung. Nak ayam!"
"Ish! aku nak keluar dan dan hujan pulak. sial betul!"
"Ish! Bosanlah hidup macam ni!"
"Ish! Hari-hari kena kerja. bosan!"



p/s: bersyukur boleh tak?

Wednesday, July 6, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #2



I SINGLE LAHHHHH. AWWWWW  


okbai

Tuesday, July 5, 2011

#5 Wordless Wednesday

Sunday, July 3, 2011

we are family :)

kat sini bukan semuanya aku kenal. ada yang pernah jumpa... tapi kebanyakannya kenal kat alam maya je.. dalam dunia blog dan group di facebook... tapi kami rapat ^^

kalau ada yang sakit, semua concern. especially dia.. yang lain punn.. =)
kami semua ramah tau! hehe.. bila berkumpul habis gamat dunia! macam-macam perangai.. hahahaaa.. tiap-tiap malam aku gelak besar bila bersembang dengan diorang.. bila bukak je wall BP mesti nak ketawa. ada je benda yang  dia.. dia.. dia..  dia..  dia.. dia.. dia.. dia.. dll nak jadikan bahan ketawa.
kat group ni ada Raja Typo tau! siapa? heheee...
dia lah. hahaha. ok aku pun selalu typo -.-
Di group ini typo adalah satu kesalahan besar. 'korang typo korang rasa'. hahaah. rasa apa? rasakan la sendiri sakitnya hati bila kena bahan dengan dia.. <-- nakal gila. tapi kene hormat dia sebab dia abang long dil. dan yang akan menjadi geng pembuli adalah dia dia dia dan raaamai lagi T.T *jaga-jaga.. ada yang memerhatiiiiiii*
lagi sorang abang long kami ialah dia. walaupun jarang borak tapi dia selalu datang tengok-tengok kawasan. dan dia sangat comel. serius.

BP dah banyak kali buat gath. boleh dikatakan setiap gath memang happening. tapi aku tak pernah pun lagi join. hanya mampu LIKE gambar-gambar diorang kat gath tu.. sedih siak. tapi aku ringankan je tgn pegi like gambar2 tu walaupun dalam hati gua sumpah seranah habis. bhahahhaha. T_T
click sini untuk gambar-gambar gathering di Gunung Lang.. nak tgk lagi gambar? sini!
click sini untuk info mini gath di 3 tempat dalam satu hari!
click sini pulak untuk video gath :)
dah tgk? happening kan? okay BPians memang fotogenik. haha.

BP dah ada T-shirt sendiri tau!

cantik? abang kacak ni lah yang design :) 
khabarnya T-shirt ni dapat next gath. insyallah.. sapa yang pergi gath nanti dapat pakai awal lah.. 
oh ye! gath! ok next BP's gathering 10 July ni di Taiping Perak. activity comfirm best! BBQ, mandi-mandi, and paling best photoshoot free! hehe ihsan dia<-- photograper hebakk! soooooo sapa2 yang rasa nak join tu cepat-cepat inform dekat admin ye. dan seperti biasa.. aku  tak dapat join gath akan datang. sekali lagii. dem! gua kene ciken pox. bila la dapat jumpa BPians yang lain. tak sabar ni!
kepada admin: buat la gath lagi lepas gath kat Taiping nanti.. nak pegi!

siapa admin BP ya? 
tukang approve request dan orang yg sentiasa memastikan keamanan BP:



Nak jadi sebahagian daripada keluarga besar BP? click gamba bwh ni :)

nota kaki anak badak: kami disatukan dibawah satu nama.. Blogger Perak
okbai!

Tuesday, June 28, 2011

#4 Wordless Wednesday

GiveAway CikArda,lah..!seghonok,peah!!!

assalamualikum dan selamat sejahtera ^.^v

korang! MakCik Arda buat GiveAway lah!
ya... tepat sekali.. Makcik Arda yg selalu memuncungkan mulut belia dikala beliau mahu menangkap gambar. ingat comel lettewww. ok dia sgt comel dan aku jeles -.- dan apa yg aku bebel panjang sgt ni? dush! dush!

senang je nak join GA Cik Arda ni..
buat entry letak tajuk mcm tajuk entry ni.
then.. letak header ini
weh header hang comel!


kemudian letak pulak banner comel ni
kelik banner untuk maklumat lanjut

lepas dah siap buat entry korang publish lah macam biasa. lepastu bg link entry korang tu kat ruangan komen Cik Arda. 

mudah bukan? semudah mengetuk kepala adik korang yg berumur 4 tahun.
dan hadiahnya? hadiahnya dirahsiakan! 
mungkinkah sebuah DSLR? ataupun cekelat kadbery? ataupun tiket percutian? 
kita nantikan!
tarikh tutup 30 JUN!


*sejujurnya aku join setelah dipaksa oleh Cik Arda. serius doh.*
okbai!

Thursday, June 23, 2011

siti nurhaliza beranak? yeke?

korang ada baca paper pasal orang buang anak? bayi dijumpai? bayi dalam tong sampah? mayat bayi dihurung semut? 

jom lah kita cakap pasal isu BUANG ANAK. apa punca masalah buang bayi ni eh? mak bapak kah? guru-guru kah? atau ibu kepada bayi yang dibuang? atau mungkin juga bapa kepada bayi yang dibuang? atau mungkin Pak Deris pekebun sekolah?

Apasal mak bapak pulak yang salah? kau ni memendai je...
atenye.. kalau anak-anak liar pukul 1 pagi pun asik sgt dengan duniawi lepak sana lepak sini tu salah siapa?
ouhhhhhh anak tu yang degil.. bukan salah bapak ye?
dah tau anak degil apasal tak bunuh masa kecik-kecik dulu? errr maksud aku apasal tak marahkan aje? maki lah sikit. lempang ke.. baru lah ada pedoman. bebudak sekarang mana boleh cakap lembut2.. tangankan aja.. HAR HAR HAR...

Apasal pulak guru-guru dipersalahkan?
memang bangang lah sape salahkan guru. Tugas guru mengajar Matematik, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, S I V I K DAN KEWARGANEGARAAN, Geografi.. bukan kerja guru larang bebudak ni keluar rumah 1pagi..

salah Ibu kepada bayi?
tak boleh jugak salahkan beliau.. mungkin kepalahotak dia tak berapa banyak akalnya sehinggakan sanggup buang seorang bayi yg keluar dari rahimnya sendiri.

salah Bapa kepada bayi kan?
yeahh. tepat sekali. kenapa? hahaha. sebab bapak dia shoot tepat. tahniah kepada bapa bayi!

tapi.. apasal Pak Deris doh? sian orang tua tu..
sebab Pak Deris nampak ibu dan bapa bayi tu sedang 'bekerja keras' dibelakang sekolah tapi dia diamkan aje.. patutkah? memang patut sebab ibu bayi tu adalah anak beliau. kang bising-bising kang anak dia lari rumah pulak.. dah la sekor tu je anaknya..

lagi salah siapa? salah kita la... apasal salah kita pulak dah? yela... selalu je kita nampak couple naik motor peluk-peluk ketat gila sampai angin pun tak boleh lalu dicelah tu.. selalu je kita nampak couple mandi dan 'main' di sungai mahupun air terjun kan... selalu je kita nampak makwe rela diraba oleh pakwe dibawah jam besar pada malam merdeka kan.. tapi ada ke kita tegur? ada? ehhh aku ada tegur tau. aku tegur satu couple ni baik punya kissing dpn kereta aku. tapi jalan pulak tu -.- *sial patplohpat hari* balik2 aku yg kene sound. dia cakap "pak hang tak pernah buat ka? celaka kacau aku tgh setim" lalu aku blah.. 
*takut! hahaah. laki tu dah lah berbadan besar dan kulitnya hitam berminyak. eeeeewwww*

Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 32 yang bermaksud:
       "Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk".


apa yang siti nurhaliza beranaknya? celaka!
okbai

Wednesday, June 22, 2011

SPONTANEOUS THURSDAY #1


GUA BERDENDAM KESUMAT DENGAN PENYU!



okbai

Tuesday, June 21, 2011

#3 Wordless Wednesday

Sunday, June 19, 2011

happy father's day :')


abah!
sangat cool
hensem
penyayangggggggg
kelakar!

Thanks abah.. 19 tahun adik hidup kat dunia ni abah tak pernah sekali pun abaikan adik dan adik beradik yg lain. Abah tetiap hari cari duit bagi adik ngan adik-beradik lain hidup. Dari hidup kita susah.. sampai sekarang.. cukup makan.. cukup pakai.. 
Kecik-kecik dulu abah tolong bancuh susu dan abah lah yang buang botol susu adik masa adik 6tahun dulu kan! grrrr.  

Hantar adik pergi Tadika. Abah sabar je bila adik nangis2 tarik baju abah masa 1st day sekolah tu. hehe. Sanggup tunggu kat kedai makcik nasik lemak kat depan tadika sampai adik abis kelas SETIAP HARI. emmm mengadap muka guru kelas adik setiap tahun untuk ambil report card. walaupun result corot. bila balik  tgk result ada failed abah mesti cakap "apsal ade merah? abah tak suka merah. abah suka biru" errrr. Hantar dan jemput adik pegi sekolah setiap hari. actually sekarang pun abah hantar dan jemput kalau nak pergi mana-mana -.-

Backup adik bila adik kene marah dengan mak. hehee. abah selalu simpan rahsia kalau adik ada buat salah. hehee. Adik selalu buat-buat demam sebab malas pergi sekolah.. lepastu mak mesti marah. abah lah jadi hero selamatkan adik. hihi. abah selalu kejutkan adik bangun tido pergi sekolah dulu. *ehh apsal banyak cerita pasal sekolah ni -.- gua tak rindu sekolah okayyyyyy.*

Abah selalu tolong sikatkan rambut.. ikat tocang. lepastu mak bising "sape sikat rambot kmu ni adik? burok!" bhahaha... serius buruk :P tapi abah cakap tu seni.
tiap-tiap minggu abah jemput adik masa adik kat Unisel dulu. Ipoh-Batang Berjuntai bukan dekat wooo. dan abah lah orang first yang nangis masa adik nak masuk unisel. first time berjauhan kan. sebab tu la adik balik tetiap minggu.. lepastu terus berhenti.. tak tahan jauh dengan abah *err boleh terima ke alasan*
errr kalau nak cakap semua pengorbanan abah banyak ni. tahun depan pulak lah adik cakap. heheee. abah.. abah.. adik sayang abah tau! 

masa type entry ni abah tak ada kat rumah. abah kat Hatyai, Thailand. rindu abah dgn mak! *padahal baru 3 hari pergi* cepat la balik... tak sabo nak ole2 ni. hehee

*tak boleh lupa abah pernah dye rambut. konon nak hitamkan. sekali salah beli colour. bhahahha. member-member sekolah cakap abah rock giler rambut highlight colour biru!*

kepada abah dan semua bapa didunia
SELAMAT HARI BAPAK!


bapak aku baca ke post ni?
okbai!

Thursday, June 16, 2011

contest peace no war muna rahimah comel

comel kan? kan?

haaaaaa. adik comel ni buat kontes.  senang je kontesnye... tepek je gambar korang buat peace macam gambar  adik comel kat atas ni..



syarat-syarat!


=> WAJIB follow blog muna . 
=> Buat satu entri tentang "peace no war contest" 
=> letakkan banner contest ni dekat post tu . 
=> sertakan satu gambar yang buat "PEACE" . 
=> dah siap tulis entry , link kan url entry tu dekat entry ni . 
=> tag 3 orang . lebih pun takpe :)  
 => mesti gambar korang tau . kalau gambar ramai2 takpe :) 
hadiah lumayan ouh. bukan ferrari mahupun fairlady tetapi berupa topup telpon.
1st place: RM25 
2nd place: RM15
3rd place: RM10
saguhati: RM5

tag


dan kau kau kau yg dah baca entry ni. kau turut ditag. hah! laju je nak close tab eh! cepat join!



comel tak? bhaha. ape? tak comel? berani kau cakap aku tak comel yek. dush! dush!

okbai


Tuesday, June 14, 2011

#2 Wordless Wednesday

Thursday, June 9, 2011

nenek tua..



seorang nenek tua.. duduk diatas sebuah kerusi.. di sebuah taman permainan.. memperhatikan cucu-cucunya bermain.



"assalamualaikum nek.. sihat? sorang je ke?" (bersalaman)
     "waalaikumsalam... haaa dgn cucu-cucu kat sana 
     tu.. sihat alhamdulillah.. awak sihat?"
"alhamdulillah sihat.. lama tak nampak nek. dgr cerita nenek duduk kat rumah orang tua.. lama dah ke nenek balik sini?"
     "ouh.. panjang ceritanya.." 

(berkerut muka nenek.. mungkin menahan sebak..)

"nenek okay ke? kalau ada apa-apa ceritakan jela pada saya.. bolehlah kurangkan sikit beban fikiran tu.."
     "anak-anak... hurm.........." 

(nenek termenung.. jauh.. jelas kedut-kedut dimukanya.. keadaan menjadi senyap)

"sibuk kerja katanya.. baik along baik angah baik abang baik adik.. semuanya sibuk kerja.. tu yang dihantarnya nenek ke rumah orang tua.."
     "tapi diorang selalu melawat nenek kt sana kan?"
"dalam sebulan ada la sekali.. tu pun si adik bongsu tu.. harap yang lain.. hurmm"
     "habistu sekarang kak Siti lah yang jaga nenek ye?"
"aah.. bertuah badan ni nenek rasa dapat anak angkat macam tu.. diri nenek terjaga.. makan minum terjaga.."
     "sayang betul kak Siti kat nenek ye"
(senyum)

gambar hiasan.. google


*seorang ibu sanggup jaga sepuluh org anak. sepuluh anak belum tentu seorang pun sanggup jaga seorang ibu
okbai

Tuesday, June 7, 2011

#1 Wordless Wednesday




Tuesday, May 24, 2011

mengumpat lah kau sampai ajal. pffftt

Makcik Senah dan Makcik Miah melepak di halaman rumah Makcik Kiah. duduk-duduk sambil makan cucur pedas yg dihidang Makcik Kiah.
potpetpotpetpotpetpotpet. Bila dah lepak sesama petang-petang gini banyak lah keluar cerita kampung. Petang ni mereka sibuk mengumpat anak gadis Pak Mat tokei lemang. Bohsia katanya.
Tiba-tiba terdengar suara Lela menjerit dari dalam rumah.


"Makkkkk. meh jap! tengok hantaran Lela buat ni cantik tak" jerit Lela anak makcik kiah.
Laju makcik kiah masuk rumah.


di halaman rumah ~


Makcik Senah: "Bukan main si Lela tu. dgr cerita hantaran dia RM10k! masak pun tak reti" (muka cebik)


Kakcik Miah: "Alah kau! dia kan doktor. mesti mau mahal.. bakal lakinye pon doktor. okay lettew"


Makcik Senah: "ish kau. kalau nak memahal kene la tau buat keje rumah. tgk muka pun bukannya cantik." 


Makcik Miah: "biarlah dia.."


Makcik Senah: "      ...................        "


Makcik Miah: "eh kau kendurikan anak kau kawen haritu byk berhabis duit?"


Makcik Senah: "anak aku nikah je. kenduri pun kecik-kecik je.. tak byk keluar duit.."


Makcik Miah: "ouh lupa. anak kau kena tangkap basah ye. takkan nak buat kenduri besar-besar pulak. ermm dgr cerita menantu kau tu kantoi pecah rumah Pak Mat tokei lemang minggu lepas? teruk kene belasah dgn orang kampung?"


Makcik Senah: "ok lah Miah aku balik dulu. kang laki aku balik marah pulak aku takde kat rumah."





p/s: sila jaga kain sendiri
okbai

Saturday, May 21, 2011

kalau perempuan gemuk?

komen orang kalau perempuan gemuk pergi interview:

 secretary:
"kau tau tak kalau nak jadi secretary body kena macam Rozita Che Wan. 
rumah kau takde cermin ke?" -boss




model
"bagus! body macam ni la yg kami cari. lemak tepu sana sini. gelebeh sana gelebeh sini. sesuai sangat jadi model untuk iklan Jus Mate 5."-Dr. Rozmey


ouh gamba ni nampak kurus sikit. angle baik :)
p/s: sila abaikan makhluk hitam tu

ok ok..susuk yang besar & gelebeh



lelaki memang taknak berpasangan dengan perempuan gemuk eh? ouh gemuk buruk..
okbai

Wednesday, May 18, 2011

Rambut Terpanjang di Dunia!

pencipta record rambut terpanjang didunia! nama akak ni Xie Qiuping. layan gambar!









Mencatat rekod sebagai wanita dengan rambut terpanjang di dunia di Guinnes Book of Record pada 8 Mei 2004. Rambutnya diukur mencapai 5,627 meter atau setara dengan 18 kaki 5.54 inci.
Xie Qiuping mula menyimpan rambut dia sejak tahun 1973. Masa tu  umur dia 13 tahun. So time catat record tu umur dia 47 tahun lah kan? ok sekarang ni 2011. Cuba korang kira berapa panjang dah rambut dia.
Agak-agak kan berapa banyak shampoo dia pakai sehari?



*nak simpan rambut panjang macam cik Xie Qiuping cun tak?
okbai

Saturday, May 14, 2011

sedar tak muka kau tu banyak sangat parut jerawat?



jangan marah tajuk entry aku panjang. hehee
ni haa tips nak hilangkan parut jerawat kat 
muka kau tu. 


Step 1. Ambil segenggam asam jawa. campur 
         air sikit. lepastu ramas sampai pekat.
Step 2. Sapu la kat tempat yang berparut jerawat tu 
         (parut kudis pon boleh). biarkan sampai kering

p/s: ulang setiap hari sampai parut hilang dan kau berpuas hati.


gamba google je. maaf kepada pemilik gamba



kepada yang muka penuh parut jerawat tu takkan kau nak duduk diam je. usaha la sikit! nanti kalau takde orang masuk minang kau marah. cepat amalkan! 

kepada muka suci takde parut tu kau ingat aku nak jeles tgk muka kau??? haha! ok fine. aku jeles


*tips untuk aku sebenarnya ~.~"

Wednesday, May 11, 2011

abu:  kau kalau nak girlfriend kau nak jenis yang 

        macam mana?
ali:    mesti mantop.
abu:  kau nak mantop je kan? muka macam mana?
ali:    muka mesti macam lisasurihanih.
abu:  uisshh tu gua pun loike. hehee
ali:    aku kalau muka buruk-buruk ni aku tak 
        pandang. 
abu:  aku pun! hehehee
ali:    kalau buruk lepas tu gemuk. lagi aku tak 
        pandang.
abu:  aku rasa semua laki pun tak pandang. kahkah



siot. habes aku ni sape nak pandang? 
*nak terjun KLCC!*
okbai

Friday, April 29, 2011

Segmen Weh! Halah, die bukan nak baca pun apa aku type

macam biasa. bila weekend je aku join segmen senggama minda oleh abang zam.
 (aku taktau senggama tu apa weh.sumpah! ayat senggama minda abang zam yang ajor)
segmen kali ni tak mencabar sangat macam last week. nasib baik. hehe.
 ni banner. memang banner dia cute. kau ada?

messy tu comel sebenarnya


okayyy. ni bukan banner. ni bakal suami aku.
nak muntah? silakan.




ni haa bannernye


kepada Zahiril Adzim. sorry dan I harap you  lupakan I... I taknak couple dengan you dah la.. you bukan best pon. haha. lagipun I dah terima Alex Turner jadi pakwe I... halahh, I tau you bukan baca pun apa I taip ni. tapi I pedulik apa. I nak cakap kat sini gak! You dengan I dah tak ada jodoh. sila terima kenyataan.

kepada Alex Turner. I love you sampai ajal! 
muahh muahh muahhh




korang nak join. join la. ade aku kesah?
apa? kau taknak join? lebih baik kau join kalau tak aku santau kau.


okbye

Tuesday, April 26, 2011

BF saya lelaki sampah???



LELAKI YANG PERLU DITINGGALKAN


1. dengan kau dia cakap I LOVE YOU. dengan kawan baik kau pun dia cakap I LOVE YOU. *sila tinggalkan lelaki ini dengan kadar segera.


2. "sayang, you nak apa? I belikan. you nak makan apa? I belanja". *tapi pakai duit hasil pecah rumah kau semalam. kau mana tau kau kan bangang. watepak


3. muka handsome. tapi serabai. kurussssss. tersangat lah cengkung. sebab hisap dadah. *bangang lah sapa nak lelaki macam ni..


4. sangat bergaya bila dating. dengan sunglasses Rayben, kemeja kotak-kotak Padini, jeans Lee, kasut Supra. tapi semua pinjam housemate punya termasuk stokin Nike dan duit bayar makan korang tu. *baik couple dgn housemate dia!


5. bila keluar dating kau je yang keluar duit. pergi dating pon kau yang jemput dia  kat rumah. dia tak kerja mana ada duit. *bodoh


6. jangan harap lah dia nak bagi kau hadiah masa birthday kau nanti. birthday kau pun dia tak ingat. *nama penuh kau pun ingat2 lupa.


7. tak hormat mak bapak dia. kau ingat dia akan hormat mak bapak kau nanti? *mimpi!


9. "I sayang you, sebab bontot you mantap" ini bukan pujian la bangang! *ini lelaki shit.


10. call dia tiap-tiap hari.
    kau: "hello bie. buat apa tu?"  *nada mesti manja
    dia: "hye baby. manjanya suara you. geram I! I 
    tengah tgk blue ni. ermm sayang.. jom check in".
    *biarlah dia setim bersama web-web pornonya. 
    TINGGALKAN! 






p/s: sila buang sampah dalam tong sampah.
okbye

Monday, April 25, 2011

mengilai pukul 3.30 pagi? jangan la kacau aku. gilaaa!

seperti hari-hari yang lalu. aku tidur lambat lagi hari ni. chill lah cuti kot. kemarin 5am. semalam 4.30am. dan arini? ouh jam menunjukkan pukul 3.29am. dan mata aku tak ngantuk lagi. ni nescafe punya pasal la ni. ya. nescafe sangat sedap dan saya suka nescafe. tambah-tambah lagi kalau nescafe tarik. err apakah?

pagi-pagi gini sejuk dan mulalah nak pergi ke bilik air. tu lah yang saya nak cerita sebenarnya.
tetapi taktaulah kenapa semasa di dlm toilet terasa sejuk dan sedikit seram sehingga bulu ketiak tangan aku meremang dan tegak 45darjah. tengok tingkap. angin tiup kuat. lagi la seram.
ok abaikan.. dah settle membuang aku jalan nak masuk bilik nak sambung fesbuk. tiba-tiba. err taknak la cite. seram laaa. terkejut tak hilang lagi ni. ketaq lutut. tapi aku sempat snap gamba. tgk la sini.


nak tido. takut.
okbye

Friday, April 22, 2011

Segmen Weh! itew punyew ayat aleng jijik oteh!

hye u olssssss *nada paling jijik
Abang Zam hensem wat segmen lagiiii. 
i shuukeww i shukewww! 
bang. apasal la ko buat segmen cenggini. 
ape aku nak tulih bangg. haih



seseorang mengupdate belog dan entry nya kali ini adalah seperti berikut:


kowangs. tuday itew shedih sanad :(
 malam shemalam  pakwe itew marah itew. sebab itew cakap babi bodowh dalam mecej. alaaaa itew guraw jew. shumpah! itew memain jew. hurmm shedih lorwhh. bkn shedih shebab kene marah.. itew shedih shebab baby boy itew cakap bodowh lek tat itew. 
menci tawwwww!
itew call pujuk baby boy itew. itew cakap  dewngan nada manjew "tayunkkk. sowwy la tayunkk. baby gul ta shengajew la. baby boy tamo majuk majuk dah eyh eyh eyh? ok baby boy cakap baby boy nak apew tapi janji pastuu tamo majuk da taw! apew baby boy cakap baby gul ta dewnga lorwh.. ckp la tuat cikit. hek hek baby boy ni gatal taw hik hik. yela yela baby gul janji ecok itew check in oteh? yela2 otel tokyo. tayunk baby boy ketat2 tawww. tium ititt muahh"
lepash tooo baby boy itew tewos ta majuk dah. itew epy sanad. keyy la. itew nak ciap2 na datink ngan baby boy itew. *ta shabar na jumpew baby boy itew. windu bulu dadew diew. tattaaaa~
p/s: tamo tinggal solat tau kowangs.  papai

Thursday, April 21, 2011

hampir kena rogol semalam!

selamat hari jumaat semua :D


mood aku tak berapa ok harini. okayyy aku tau la, korang kesah haper kan. tapi aku nak cite gak kenapa aku badmood. bace la cite aku ni *paksaan*

semalam. aku kene kejar dengan abang muka horny. gila ah! muka dah la hodoh, bodoh pulak tu. hehe *gelak sopan*
muka dia hitam berminyak. sumpah geli. bila tengok muka dia rasa macam nak bagi penampaq sedaih. sirius doh.
citenye gini...... jeng jeng jenggg
dimalam yang hening... aku jalan kaki. nak pegi kedai topup. sorang2. dah beli topup aku pun berjalan balik kerumah. aku jalan slow2 jela.. melenggang sikit kadang2 libas rambut mcm ella. 
aku rasa seperti diekori oleh seseorang yang berbadan besar seperti Hulk Hogan. 
aku berhenti jalan. tiba2 dia cekup aku! dia tutup mulut aku. dia dekatkan muka dia dekat muka aku. *macam hero nk kiss heroin dlm cite hindustan.* damn! mulut bau bangkai tikus.aku tak sanggup. aku pun meronta-ronta. aku pukul2 dia. dia koyakkan baju aku! nampak badan aku sikit. siot tul abang muka horny ni! gua beli baju tu mahal kot! lama jugak aku bergelut dengan dia. aku tumbuk rahang dia. pastu dia kepak kaki aku terbelah jadi dua. aku tak mengalah. aku pergi amek kapak aku takuk leher dia. dia balas balik. dia amek handfone aku dia bukak amek simkad pastu patahkan. siot tul abang muka horny ni! aku baru topup la gila! aku bengang gila. pastu aku nangis. meraung-raung! sambil jerit "abang muka horny tak guna! abang muka horny jahat! mencik. mencik!" 

sedang aku menangis meronta-ronta tiba2 hari terang. eh dah siang? err rupa-rupanya cousin aku switch on lampu. dah pagi rupanya. aku bangun lantas mencari handfone aku. nasib baik ok. dan aku tengok bantal aku basah. penuh air mata dan sedikit air liur. damn terpaksa cuci sarung bantal lagi harini. 



Saturday, April 16, 2011

Segmen Weh! Aku Poyo Bila Aku

kepada yang poyo tahap tenuk kepanasan 120 darjah celcius: join lah segmen ni kat belog The Famous Abang
kepada yang tak poyo: lu boleh blah sekarang. heheeee


*aku rasa poyo gila bila aku buh banner ni beso2 ~.~"

poyo tu apa? google sekarang!
aku memang poyo. betul. tolong la percaya.

aku rasa aku poyo bilaa . . .

-aku jalan sambil libas rambut macam Ella
   *eh ni poyo ke cool?
-orang cakap aku kurus pada hari itu
-aku pegi mkn kat restoran mahal pastu order benda    pelik2 *padahal aku taktau menatang ape yg aku oder
-orang cakap " eh muka you macam Nora Danish" . 
   arghhh  mencik!
-aku bayar topup RM5 dengan not RM50 
   *padahal tlg belikan topup tuk kakak bkn untuk aku. cedih :'(
-kengkawan cakap "eh ain! ko dah tinggi la!" 
   *berbanding 2 tahun lepas
-itew angkap amba wat mukew tonon2 tiutt. pastu wat kepcen gedik


*mcm ni
tomei tak mukew itew. acam Nora Danish tak? muahhhhhxx
*haha cam tahi

aku rasa paling poyo sekali bila aku join Segmen Weh! Aku Poyo Bila Aku by Abang Zam poyo. heheee


Salam ukhwah. Salam poyo 1 Malaysia ^.^v
okbye

Thursday, April 14, 2011

kontest-sweet-face-style-gituuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu



saya sangat sweet so saya nak join! *click la


heeehehehhihihihihihhuhuhuhuhuhuhkhikhikhikhik
wawawawawawawawawawawawa
cam tak cayo den masuk kontest gini ~.~"
ok korang semua dah boleh berhenti gelak! heheehhh
1st time join kontes laaaa.

syarat kontest ni aku kene bagi reason kenapa aku rasa gamba aku sweet dan style gituuu.
ekekeke
ok straight to the reason
1.aku rasa gambar aku sweet sebab pakai tudung 
*selendang ke ape ke sume aku panggil tudung jeh
2.aku percaya bahawasanya aku sweet sebab mak aku selalu cakap aku sweet. AHAHAHAH
*taktau nak letak alasan ape dah ~.~"

ok tengok celah mana yang sweetnye.

cweet tak koranggggg? cweett tak? 
*lebih baik cakap sweet kalo tak aku cucuk montot korang pakai garfu!






A: harini due date. dan harini baru la nak join. ekeke. okbye