CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, May 24, 2011

mengumpat lah kau sampai ajal. pffftt

Makcik Senah dan Makcik Miah melepak di halaman rumah Makcik Kiah. duduk-duduk sambil makan cucur pedas yg dihidang Makcik Kiah.
potpetpotpetpotpetpotpet. Bila dah lepak sesama petang-petang gini banyak lah keluar cerita kampung. Petang ni mereka sibuk mengumpat anak gadis Pak Mat tokei lemang. Bohsia katanya.
Tiba-tiba terdengar suara Lela menjerit dari dalam rumah.


"Makkkkk. meh jap! tengok hantaran Lela buat ni cantik tak" jerit Lela anak makcik kiah.
Laju makcik kiah masuk rumah.


di halaman rumah ~


Makcik Senah: "Bukan main si Lela tu. dgr cerita hantaran dia RM10k! masak pun tak reti" (muka cebik)


Kakcik Miah: "Alah kau! dia kan doktor. mesti mau mahal.. bakal lakinye pon doktor. okay lettew"


Makcik Senah: "ish kau. kalau nak memahal kene la tau buat keje rumah. tgk muka pun bukannya cantik." 


Makcik Miah: "biarlah dia.."


Makcik Senah: "      ...................        "


Makcik Miah: "eh kau kendurikan anak kau kawen haritu byk berhabis duit?"


Makcik Senah: "anak aku nikah je. kenduri pun kecik-kecik je.. tak byk keluar duit.."


Makcik Miah: "ouh lupa. anak kau kena tangkap basah ye. takkan nak buat kenduri besar-besar pulak. ermm dgr cerita menantu kau tu kantoi pecah rumah Pak Mat tokei lemang minggu lepas? teruk kene belasah dgn orang kampung?"


Makcik Senah: "ok lah Miah aku balik dulu. kang laki aku balik marah pulak aku takde kat rumah."





p/s: sila jaga kain sendiri
okbai

Saturday, May 21, 2011

kalau perempuan gemuk?

komen orang kalau perempuan gemuk pergi interview:

 secretary:
"kau tau tak kalau nak jadi secretary body kena macam Rozita Che Wan. 
rumah kau takde cermin ke?" -boss




model
"bagus! body macam ni la yg kami cari. lemak tepu sana sini. gelebeh sana gelebeh sini. sesuai sangat jadi model untuk iklan Jus Mate 5."-Dr. Rozmey


ouh gamba ni nampak kurus sikit. angle baik :)
p/s: sila abaikan makhluk hitam tu

ok ok..susuk yang besar & gelebeh



lelaki memang taknak berpasangan dengan perempuan gemuk eh? ouh gemuk buruk..
okbai

Wednesday, May 18, 2011

Rambut Terpanjang di Dunia!

pencipta record rambut terpanjang didunia! nama akak ni Xie Qiuping. layan gambar!









Mencatat rekod sebagai wanita dengan rambut terpanjang di dunia di Guinnes Book of Record pada 8 Mei 2004. Rambutnya diukur mencapai 5,627 meter atau setara dengan 18 kaki 5.54 inci.
Xie Qiuping mula menyimpan rambut dia sejak tahun 1973. Masa tu  umur dia 13 tahun. So time catat record tu umur dia 47 tahun lah kan? ok sekarang ni 2011. Cuba korang kira berapa panjang dah rambut dia.
Agak-agak kan berapa banyak shampoo dia pakai sehari?



*nak simpan rambut panjang macam cik Xie Qiuping cun tak?
okbai

Saturday, May 14, 2011

sedar tak muka kau tu banyak sangat parut jerawat?



jangan marah tajuk entry aku panjang. hehee
ni haa tips nak hilangkan parut jerawat kat 
muka kau tu. 


Step 1. Ambil segenggam asam jawa. campur 
         air sikit. lepastu ramas sampai pekat.
Step 2. Sapu la kat tempat yang berparut jerawat tu 
         (parut kudis pon boleh). biarkan sampai kering

p/s: ulang setiap hari sampai parut hilang dan kau berpuas hati.


gamba google je. maaf kepada pemilik gamba



kepada yang muka penuh parut jerawat tu takkan kau nak duduk diam je. usaha la sikit! nanti kalau takde orang masuk minang kau marah. cepat amalkan! 

kepada muka suci takde parut tu kau ingat aku nak jeles tgk muka kau??? haha! ok fine. aku jeles


*tips untuk aku sebenarnya ~.~"

Wednesday, May 11, 2011

abu:  kau kalau nak girlfriend kau nak jenis yang 

        macam mana?
ali:    mesti mantop.
abu:  kau nak mantop je kan? muka macam mana?
ali:    muka mesti macam lisasurihanih.
abu:  uisshh tu gua pun loike. hehee
ali:    aku kalau muka buruk-buruk ni aku tak 
        pandang. 
abu:  aku pun! hehehee
ali:    kalau buruk lepas tu gemuk. lagi aku tak 
        pandang.
abu:  aku rasa semua laki pun tak pandang. kahkah



siot. habes aku ni sape nak pandang? 
*nak terjun KLCC!*
okbai